Wednesday, June 13, 2012

Kenapa dengan semalam ?








Semalam yg kite maksudkan ialah 12/06/2012. Kenapa dengan hari semalam?? Banyak betul peristiwa semalam. Orang kata berjejet jejet. Hahahaha. Taktau ke berjejet jejet tu ape? LOOSER! Hahahahahaha. Berjejet tu berangkai lee awak! Jom check it out!!!!!!!!!!!!


1# Visit cute baby dekat KPJ DAMANSARA
Plan pegi time lunch. Jack siap pesan makan 10minit je! Tapi time amek lauk lauk peberet, perempuan perempuan kelaparan tiada siapa terduga. Tinggal 10minit nak abes lunch. Jack bagi duit beli buah tangan (hand fruit) untuk visit ni. So, Jack suruh kite yang terer pilih buah ni pegi beli dekat groung ground floor pasar ttdi bersama cikgu disiplin LIZA. Hahaha. Sampai kedai auntie jual bunga, mintak nak beli bakul je. Bukan main lagi auntie tuh marah marah. Garang betol. Menyirap je darah. Nasib nak cepat, ku tahan je. Bile time mintak receipt, boleh pulak auntie tu ckp "You pegi kedai buah, suruh die tulis sekali dekat die punye receipt??" Kite mcm terpinga pinga (auntie ni gile gaknye, kedai buah tu hujung dunia and kedai lain, xknlah brg org lain die nk charge dekat receipt die?). OK KITE BANNED AUNTIE JUAL BUNGA NI. Lalu pon taknak! Huh. After settle beli buah, kite mencari cari yang lain. Rupenya, diorang cari kitorang, kitorang cari diorang. Elok sgt! After kitorang jejak kasihan, teros ramai ramai catwalk pergi KPJ. Hahaha. Ibaratkan jejantas tu runway lah konon! Bunyi macam jauh tapiiiiiii KPJ tu BERHADAPAN DENGAN OFFICE je. Hahaha. Bile sampai je, Ohmai...! Baby Farhan so cute. Gewram angat iteww! Hihihihi. CONGRATULATIONS DATUK WIRA SM FAISAL & DATIN WIRA EMILIA. :) Bestlah tengok baby, terasa rasa perut ni ada yang menendang(lapar!) hahahaha.Balik tu kitorang jalan tempat sama, and sempat snap something.. Teeeheeeeeeeeeeee

2# Angkara konfiden
Macam biasa pergi surau and solat. Liza lambat sikit masok surau sebab pergi toilet dulu. So, kite ni dah abes solat siap siap kemas telekung nak bagi Liza solat pulak. Cikgu fesyen datang konon konon nak eksperimen style tudung, takpe buatlah D. Haha. Time Liza rakaat ke berapa ntah, kite pon keluar and capai spec. Teros keluar surau and ajak D & Elle main fussball. Memang tak singgah workstation pon sbb die kt hujung, so alang alang nak pergi situ, kite singgah dulu fussball. Dengan konfiden pakai spec and start main. Perlawanan bermula antara BLACK & YELLOW. Time time tengah main, rasa tak sedap je, mata kabur dan rasa pening. Kite pon tanya D & Elle "Aku rasa macam lain lah, betol ke spec aku ni?"... 2 perempuan konfiden jawab "Betollah"... Lega dengar, kite pon amek spec and lap cermin, kot kot lah berhabuk. Hahahaha. Sambung main! Game yang selalu kite menang, asyik kalah. Bola dah nak sampai goal, kite tercarik carik kt hujung belah sini. Ha nampak tak tu betapa petanda tu dah nampak jelas???? Hahaha. Stgh jam main, TIBA TIBA CIKGU DISIPLIN LIZA JERIT "DIANAAAAAAAAAAAA". Kitorang yang taktau pape ni, teros terdiam, pehal pulak tetiba kan, Dari kat surau tu Liza jalan terhuyung hayang sambil tu cakap "kau sorokkan spec aku kannnn, aku tak nampak ni" KAHKAHKAHKAHKAHKAH. Dua dua perempuan ni terus pandang, and aku pon join gelak pecah perot!!!! Hahahahaha patot iye pon pening!!!


3# I WIN THE WAR
Malam, kite ajak mak and abah makan satay kajang seline dengan Mali's Corner. Shoplot tu next to KL FEST. Pusing punye pusing punye pusing, tak ade parking. So i decided to park depan kedai satay tu. Semua orang pon buat benda sama. Sebab tak mengganggu jalan pon. Ok, now we're having dinner. Lepas kenyang, siap siap angkat bontot nak balik. Keluar keluar je tengok kereta kena CLAMP! Dahlah masok kene bayar, then main sesuka hati je clamp kereta orang! Takde adab betol. Ingat aku nak bayar ke RM50??? NEVER! Aku punyelah berdebat dekat setengah jam, bergadoh dengan mamat peng-clamp kereta ni. Dia takboleh nak handle, teros 2 orang lelaki India datang (maybe security atasan). Sekarang 3lelaki lawan 1orang perempuan. HELLOOO??? Buat malu lelaki. 3 ke 6 ke 10 ke aku tetap berdebat untuk pertahankan hak asasi aku! Sesuka jiran dia nak clamp macam tu! Tiga tiga kena sembur. Mulut aku macam michigam. Tututututututut. Tak berhenti okey! Hahahaha. Makin ramai tengok perdebatan tu. Ingat perempuan tak berani?? Kalau benda betol memang aku tegakkan habis habisan. Lepas setengah jam, mak try to cool me down "Dahlah, bayar je.. takpon mintak bayar separuh".. Tidak ye, SESEN pon aku takkan bayar clamp tu. Then abah masok campor, teros aku cakap "abah takpayah masok campor, duduk je". Sambong debat lagi dan lagi dan lagi. Agaknya dorang dah mengalah, teros lelaki India tu suruh bukak CLAMP and takpayah bayar. Masok kereta, kereta takboleh start pulak. Ok malu kejap. Hahaha. After berapa minit, kereta pon ok, teros balik rumah! AND YESSS I WIN THE WAR!!! Miahahahaha


 

Sepintas lalu......




WEB COMPANY KENE HACKED!!!!


::
::
::
Taktaulah diorang ni bile nak maju sebab mentaliti rendah. Sedihlah. Patriotik tu boleh tapi jangan terlampau, binasa minda!!!


Tuesday, June 12, 2012

2 minggu dari detik itu.


..
..
..
..
..
Ok rasenye dah dekat 2minggu reserve cincin. Kak Siti kite pon dah call. Akak maap sangat saya memang busy. Dua dua busy. Minggu ni please make sure amek cincin ok?! Haha, siap monolog dengan diri sendiri *memang nampak cool pon* Hahaha.


Make sure this week available kan diri utk pergi and pilih again cincin. Sebab handsome kata die nak tukar pulak. Saya menurut perintah aje! :D

"Nanti dah amek cincin takboleh publish ye dekat mana mana social net" pesan ibu bapa dua belah pihak. Hahahaha. *naughty sangat sampai kena pesan*

DEAL!

::
::
::

Thursday, June 7, 2012

Journey of Bride-to-Be . Interview for life .

Hellooooooo sayang semua :)

Pikir sendiri lah entry kali ni "Interview for life". Ok bye!
.
.
Hahahaha. OK takboleh, memang kena cerita jugak! Ingat tak haritu kite ade cerita pasal side si handsome nak datang merisik. Ade kan kite bagitau? And ade kan kite bagitau jugak ibu handsome nak jumpa sebelom merisik hujung tahun ni? Hah ni yang diceritakan dalam entry ni harini :D
.
Jumaat lepas (02/06/2012) malam tu tiba-tiba si handsome bbm cakap ada benda nak cakap. Kite ni dah gelabah and pikir bukan-bukan. Hahaha. Tuptup si handsome call and inform yang die nak bawak kite lunch with his family tomorrow (bukan main die punye suara tu excited, die xtau aku ni macam dah takde oxygen dah dengar. haha). Ok dengar tak tu? TOMORROW ataupon bahasa melayu nye BESOK????!!!! Habis meroyan aku satu rumah bile dapat tau. OMG! Terketaq lutut weyh. Dahla besok. Arrgggghhhhhhh
.
Kite tau kite dengan si handsome dah ber-couple about 7years ++ tapi not even once kite jumpe family die. Si handsome tu takpelah, dah biasa with my family. Selalu jumpa. Tapi kite ni takpernah jumpa langsung. Ok itu yang buatkan kite sangat nervous. Rase nak termuntah. Menjerit sorang-sorang dalam bilik. Hah nampak tak tu cane kite meroyan? Itulah org kata mulut masin, sebab tgahari time lunch tu, tiba-tiba berseloroh pasal hal ni. Cerita bukan-bukan pasal cane nak react depan bakal mertua, nak angkat cawan cane, hahahahaha. Kan dah jadi betol-betol. OK PADAN MUKA and terima kasih geng TTDI sbb bg idea bukan-bukan. Memang satu pon aku takboleh praktikkan!! Hahaha
.
Kite rase malam tu mcm takboleh tidur. Pikir bukan-bukan. Imagine yang ibu die tak terimalah, taknak kite jadi menantu die lah, pesan jangan continue kawan dengan anak dielah. Ok sekarang ni baru kite sedar, cerita melayu dekat tv tiap-tiap malam yang kite tengok tu memang byk influence sampai kite takboleh tidur malam tu. Hahaha. CRITICAL!
.
ON THE DAY. Pagi pagi bangun semata-mata nak survey baju mana nak pakai. DONE. Makeup DONE. And time for waiting my husband handsome to fetch me. 3pm sampailah si handsome and with his little sister datang menjempot puteri yang dah lama bersiap dari pagi. Hahaha yang tu taktau nak kata tak sabar nak jumpa or gemuruh. X FILES! Hahaha
.
Masok je dalam kereta, bukan main laju lagi handsome bawak kereta. LAJU! memang sengaja je kan, kite ni dah macam nak pengsan dah. Nervous tu taktau nak cakap macam mane. Time tu pikir macam nak lompat dari kereta. Adoi cuak sangat ni. Dah tak pikir dah his little sister kat seat belakang. Mesti die tgk kite ni cam budak2, haha, siap marah si handsome and membebel kenapa bawak laju sangat. Yang bawak kereta tu bukan main muka, bajet cool and suka tengok puteri sebelah die tu macam meroyan semacam. Handsome memang suka tengok kite macam tu!! JAHAT!
.
TIME DAH SAMPAI KE RESTORAN YANG DIPILIH. Ok bertambah tambah tambah nervousnye, siap stop kat kedai sebelah and panggil handsome and cakap taknak masok restoran and nak balik. Hahahahaha. Teruk giler ok perangai macam budak budak. Hahaha. Ok his little sister dah gelak gelak. Fine! Dah tak kesah pandangan sekeliling, biarlah tak heran. Tapi masalahnye dah sampai and kat kedai sebelah.
.
Ok kene pegi jugak, for last nyawa amek nafas banyak banyak and kuatkan kaki masok restoran. Muka dah macam biru dengan nak berpeluh. OK memang horrible ok myself that time. Kenapa cuak sangat tu memang I cant tell you and kite pon taktau nape. Hahaha. Sampai kat meja, whole family staring at me. Ok IM SHY! First thing kite salam his parets and opah. Bile sampai turn salam ibu handsome, I feel like OK everything fine and your turn to salam his opah. And sit betol betol in front of his ibu and next to my handsome and his sister. RELIEVED!
.
In that moment i feel like soooooooooooooooooooooooo relieved! This was not my expectations. Hihihihi. Tulah siapa suruh pikir bukan bukan macam dalam tv. Beborak macam ONE BIG HAPPY FAMILY and all the way asyik gelak sakan with his family. SAMPAI CRAMP PIPI! Hah nervous tu dah takde dah taktau mane pegi. Hahaha
.
Opah pon sangat sporting and support our plan! Yeayyyy... His parents = lovebirds like my parents! So, kite belajar bercinta macam mereka ok. Anak dah besar but still loving each other. OK nak macam tu lepas kawen! And nak macam tu sampai bila bila.
.
Our parents like our lane. So, show them that we are good and can be better in marriage like them!
YEAYY, I HAD A GOOD ENDING FOR THIS EPISODE! :D