Tuesday, July 10, 2012

Perasaan.

2minggu ni asyik kene mrh je. Takbuat pape pon kene marah. Hah, nampak tak aku ni cam tempat melepaskan kemarahan. Nasib diri ini tak dianggap punch bag oleh siapa siapa yang nak marah. Kenapa marah? Macam mana marah tu boleh wujud? Kang kalau takmarah cam batu pulak ye dak?? Takpelah aku izinkan untuk kau melepaskan kemarahan. Ape gunenye orang sekeliling untuk melepaskan kemarahan yang membuak-buak tu. Tapi aku pulak yang bengong, tak semena-mena kene marah. So perasaan bengong aku ni sape nak layan? Ke simpan dalam botol kaca dan campak dalam sungai gombak yang dekat dengan rumah tu?????


Tapi ade pulak habit yang takbaik dari diri aku ni hah bila kene marah tak semena-mena. Mulelah jiwa kacau. Bawak kereta macam pelumba F1 sambil radio macam nak pecah. Kot kotlah aku bawak kereta terlaju, kene pulak panggil dengan pakcik misai konfem takdengar. Tapi buat setakat ni belom lagi lah kene kejor dengan pakcik misai. Mungkin muke innocent kot! (Hahahahaha) Takpon aku masih di tahap bawak kereta berhemah lagi? ------> (ini sangat tak mungkin ;p)


Ape perasaan korang bila orang marah marah?? Rasa macam org dah taksayang kita kan? kan? kan? (hah, aku dah start nak emo ha) ..... Siapa nak jaga perasaan kita ni? Siapa? Iye betol! DIRI SENDIRI!!!! Jadi kita jaga perasaan diri sendiri, jangan hiraukan org lain yang nak sibuk sibuk kacau perasaan kita ni. So kita IGNORE je . IGNORE!!!!! Hehehehe. Atau yang mana-mana tengah emo bole buat RETAIL THERAPY. Memang sgt bagus. Tapi kalau nak retail therapy pon keluarkan cash ye, JANGAN GUNA CREDIT CARD! Itu BUKAN retail THERAPY namenye. Note ye note.


Solat pon penting, tapi yang mana tengah takbole tu ddk je dlm surau. Rasa tenang! (pon boleh) hahaha. Jgn time emo je solat. Haihhh tu pon takbetol jugak tu! Jadi yang ni semua kene note.


Sekarang ni, siapa yang nak marah, kita buat tak peduli je. Biarkan dia meroyan sengsorang. Bukan berfaedah pon layan. Buang masa sajo. Baik layan kerja yang bertimbun ni ha. Yg mana tak busy tu, kene buat jugak busy! Kalau busy kita dah tak pikir dah semua benda benda emo ni. Hihihihi


Makanan & Minuman yang sedap!!!!! Sangat sangat boleh release tension. Nak nak pulak dapat benda yang mengidam sangat. Memang hilang semua bnda emo. Okey sekarang dah terbayang pulak sushi. Damn!


Ketika ini dan sekarang ini, jari jemari macam tiba-tiba cacat untuk menaip lagi dikala ketika ini kerana mengingati sushi yang sangat sedap itu. Jadi oleh itu, jari jemari telah memberi isyarat berhenti menaip supaya dapat memberi laluan kepada isyarat otak untuk berimaginasi bayangan bayangan sushi di atas kepala. Ok bye.




Sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!! NOMNOMNOMNOMNOM




Thursday, July 5, 2012

Sekejap !!!


Kite lupe nak bagitau. Kite dah amek cincin merisik and dah pergi gatal-gatal dengan Kak Siti skodeng cincin lain. Cincin merisik sudah ada di pihak saneeeeeeeee :D Dan pada waktu amek cincin tu, ade contest teka syiling gold dalam 3 peti besi lutsinar. Yang boleh masok contest tu siapa-siapa yang shopping dekat KL Festival dan dalam satu resit tu total lebih dari RM300.00. Dan terima kasih banyak TOMEI sbb lokasi anda dalam KL Festival dan kite entitled untuk masuk contest teka syiling tu. Grand prize die 100grm emas 999. Itu lebih RM100,000.00 okeyyyyy... Moga-moga tekaan kite hampir-hampir atau ada rezeki untuk menang grand prize tu (angan-angan mesti kuat dan bertenaga). Hehe. Bolehlah mempermudahkan perjalanan kerja-kerja kahwin nanti dan boleh honeymoon. Weehoooooooooooo. Doakan ye! Pleaseeeeeeee. Hehehe :)


Habuk sikit.

Salam semuaaaaaaa :)


Dah lama kite tak jumpe kan?,... kite pon busy dengan kerja. Nak nak sekarang ni dah nak dekat puasa, Ramadhan dah dekat sangat, event pon berlambak-lambak. Haihhhhh, inilah manisnya masuk event :D But Alhamdulillah, saya seronok kerja dekat mana-mana company dan sangat bertuah diberi peluang bekerja dekat Naza ni. Syukur Alhamdulillah :)


Puasa lagi dua minggu kalau ikutkan cara pengiraan kita tapi ikut masing-masing punye citarasalah nak kira puasa tu macam mane eh. Ade hutang 2 hari lagi dengan puasa lepas. Haiiish, perempuan memang tak boleh lari dengan tanggungjawab mengganti puasa,hehe. Hari ni jugaklah Hari Nisfu Syaaban.  Berkat hari Khamis, hujan pulak.......... Tenang je harini :)

:: Ramadhan is just around the corner. 
Enjoy OUR month. 'Banyakkan beramal'::